Thursday, 5 March 2015

RESEPI FETTUCCINE CARBONARA YANG SANGAT SEDAP!!

Entry kali ni, aku nak share resepi Fettuccine Carbonara yang aku masak untuk lunch tengahari tadi. Bukan main happy lagi anak sulung aku bila aku bagitau hari ni aku dah siap prepare carbonara for lunch. Both of us memang boleh masuk western menu ni. Masak melayu boleh, mamak boleh, chinese boleh, thai boleh..pendek kata internationale la selera kitorang. Macam my 2nd son, memang tekak asia habis.. western memang x masuk. Disebabkan itu lah, aku masak jugak nasik and oso ayam ala2 rendang untuk anak aku yang ke 2 tu.

Pada aku, resepi carbonara ni memang sangat ngam dengan selera kitorang sekeluarga. Tak muak and memang sedap la.... aku masak, aku sendiri bagi 5 bintang!! Hahaaha... Saje aku nak share resepi ni, buat rujukan aku n anak cucu aku jugak di kemudian hari. Resepi ni opkos selepas aku alter mengikut bahan yang ado di rumah. Oh ye, I tak guna Sos Carbonara yang Prego tu kali ni uolss..jenuh mak mencari x jumpa2. Ini bukan kali pertama tak jumpa, dah boleh dikatakan banyak kali dah. Memang bukan rezeki, ke Prego dah stopkan pengeluaran Sos Carbonara dia?? So, pepandai la aku ejas sendirik.. 

So kat bawah ni, bahan-bahan dia. Simple je, n x renyah membuatnya. 


Bahan-bahan:-

  • Fettuccine secukupnya **korang leh tukar ke pasta yang korang suka
  • Bawang besar Holland - 1 biji besar (potong dadu)
  • Bawang putih - 2 ulas (cincang halus)
  • Cili padi - 2 bijik (potong halus) ** yang ni kalau nak boh banyak ikut suka la ye, aku boh 2 pun ada rasa pedas sikit. Ngam-ngam la untuk cut down rasa lemak krim n keju tu.
  • 1/2 dada ayam - potong dadu
  • 1 tin button mushroom - dihiris 
  • 1 biji tomato - dipotong dadu **aku guna yang besar, kalau jenis kecik amik 2-3 biji 
  • 1 tin Cream of Mushroom Campbells
  • 1 tin air (sukat ikut tin Campbells tu)
  • Secawan (250ml) krim **nak guna susu penuh krim @ susu rendah lemak @ susu segar pun boleh, ikut mana yang ada 
  • Slice Cheddar Cheese - 4 keping 
  • Sedikit oregano dan parsley kering
  • Garam secukup rasa
  • Minyak


Cara-cara:-




Mula-mula masukkan sedikit minyak zaitun ke dalam periuk. Tumiskan bawang besar, garlic ngan cili padi sampai layu sedikit. 

Masukkan ayam dan tomato, masak sampai air ayam mula kering. 

Pastu, masukkan button mushroom, krim cendawan Campbells, dan juga air. Gaul mesra. 

Bila mendidih, masukkan krim ataupun susu. Carik-carikkan kepingan keju tadi ke dalam kuah carbonara dan gaul sampai cair sepenuhnya. Time ni, kalau rasa nak cair sikit tambahle air. 

Tunggu mendidih. Boh la garam secukup rasa. 

Last sekali, masukkan oregano dan parsley kering. Walla....siap dah.

Oppsss...jangan lupa lak pasta korang. Rebus pasta sampai al dente, tos and pastu boh dalam pinggan. Tuang kuah carbonara kat atas, dan bolehlah dihidangkan.

Alhamdulillah, anak sulung aku memang makan x hengat dunia. Dia sorang makan bertambah-tambah. Gerun pulak menengoknya. Hikhikhik... Proven la kesedapan kuah tu. 

Weh, kalau korang kalau nak try, sila lah. Pastu kasi review kat sini okies..

Bon Appetit!! 



2 comments:

  1. tima kasih kesudian kongsi respi yg memang owsem sgt2..anak kak suka gila lah..akak 1st time msk carbonara..

    ReplyDelete