Saturday, 7 February 2015

Ostematrix...Bukan Sekadar Kalsium!!








 


Aku kurang gemar minum susu. Masih segar lagi dalam ingatan, masa pregnant anak pertama 10 tahun lepas. Lepas check up ajak encik suami ke pasaraya beli susu Anmum masa tu. Maklumla bila pregnant ni, seboleh mungkin nak sediakan yang terbaik untuk anak bermula dari kandungan lagi. Doktor pun sangat galakkan pengambilan susu masa hamil ni.
So, belah malamnya dengan eksaited aku pun prepare segelas susu Anmum ni. Minum je, mak aiii....apsal tak sedap cam susu kotak ni. Reject!! Aku sampai nak termuntah-muntah. Uwek!!
Sudahnya, susu tu bapak aku yang tolong habiskan. Erk!! Daripada buang kan? Huhu..
Next check up, doktor bagi aku sample susu EnfaMama. Aku amik 2 sachet. Konon nak try, mana tau yang ni aku serasi. Hihi...sama jugak end resultnya. Aku terus buat kesimpulan yang aku memang x ngam ngan susu ni. So, sepanjang journey kehamilan, aku and baby tak ditemani susu Anmum or Enfamama. Sesekali aku minum air kotak Anlene, x pun Dutch Lady ke, makan cheese burger, cheese cake..hahahaha. Aku percaya kalsium aku mencukupi masa tu. 
Tapi, nightmare bermula masa Trimester 3. Setiap malam memang kaki kejang punya. Betapa tak bestnya terbangun tido tiap-tiap malam sebab kaki sakiiiiittt sangat, siap mengerang lagi. Memang encik suami kena alert and tolong kurangkan kejang setiap malam. Thanks to you love!! :) and padan muka aku...hakhakhak..
Memang salah satu simptom yang menunjukkan kekurangan kalsium ialah kekejangan otot. Siapa pernah rasa, diorang tau bahawa kejang otot adalah sangat tak best.
Tulang adalah struktur penting dalam tubuh manusia. Ia membina kerangka tubuh, menyokong berat badan serta melindungi organ-organ utama seperti paru-paru, jantung, hati dan buah pinggang; selain membolehkan kita menggerakkan otot dan tubuh dengan bebas. Mengekalkan kesihatan tulang yang optimum adalah amat penting untuk mengecapi kesihatan keseluruhan yang sempurna. 

Tanda-tanda badan yang kekurangan kalsium antaranya ialah:-
- Sakit sendi
- Kuku senang patah
- Ekzema
- Kenaikan paras kolesterol dalam darah
- Tekanan darah tinggi
- Insomnia
- Kekejangan otot
- Kebas tangan dan kaki
- Gemuruh
- Rheumatoid arthritis
- Gigi mereput
- Depresi
- Hyperaktif


Siapa yang MEMERLUKAN OSTEMATRIX ni?


  • Orang yang tak gemar minum susu (macam aku)
  • Wanita hamil
  • Ibu menyusu
  • Wanita dalam pantang
  • Selalu alami kebas/kekejangan
  • Selalu diserang migraine
  • Sakit otot, tulang
  • Sedang jalani fisioterapi
  • Osteoporosis

Jadi, Kenapa MESTI PILIH Ostematrix Shaklee??
Kalsium yang isinya paling seimbang memastikan kadar penyerapannya adalah 99%. Ianya bukan sekadar kalsium.

OsteMatrix membekalkan nutrien harian, termasuk kalsium yang penting dalam pembentukan dan pertumbuhan tulang dan gigi. Ia juga mengandungi magnesium, vitamin D dan mineral iaitu zink, kuprum dan mangan untuk mengekalkan kelancaran fungsi tubuh. Ditampilkan dalam bentuk kaplet kecil bersalut yang mudah ditelan.
Tidak mengandungi perisa atau pewarna tiruan, pemanis atau pengawet.

Antara manfaat Ostematrix Shaklee:-


1. Menguatkan Tulang 

~ Kalsium menghalang osteoporosis, menguatkan kuku, kerangka, gigi, sistem saraf. Ia juga merawat tulang retak, osteomalacia (rickets dewasa), kuku rapuh, eczema, kekejangan, gusi berdarah dan merangsang darah untuk memekat.
2. Memperbaiki kekejangan dan kebas-kebas 

~ Pengambilan 600mg kalsium sebelum tidur akan memperbaiki kebas-kebas, kekejangan, sakit sendi dan arthritis
3. Meringankan stress

~ Ianya mengimbangi tekanan darah, memelihara denyutan jantung, impuls saraf, penenang saraf, menggalakkan tidur selesa, memperbaiki jantung berdebar, gementar, mimpi buruk dan stress. Juga memperbaiki depresi, mood swing, sakit kepala dan pitam.
4. Memperbaiki masalah haid 

~ Kajian menunjukkan dengan pengambilan 1000mg kalsium dan magnesium serentak meringankan sakit waktu haid dan membantu membuang air kecil.
5. Pengalkalian tubuh 

~ Kalsium adalah mineral alkalin, dan ianya berkesan memastikan imbangan pH tubuh. Ianya juga menghalang obesiti diwaktu umur tua. Tambahan pula kalsium membantu sel menyerap nutrien dan merangsang detoksifikasi.
6. Memperbaiki hiperaktiviti perut dan gastrik.





* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.


 Order Ostematrix


Atau hubungi:








No comments:

Post a Comment