Monday, 9 March 2015

NASI TOMATO TERJUN


Ni menu throwback kelmarin. Saja aku uploadkan resepinya untuk rujukan kemudian hari. Simple yang amat..sib baik semua bahan tu ada kat rumah. Senang kerja mak. Makan dalam talam ngan husband and anak-anak. Makan bertambah2, last2 licin semua..nasi and lauk. Alhamdulillah.. Side dishes aku masak ayam masak merah, telur goreng, papadom and potong buah2 sikit. maklum, xde sayur or acar jelatah...buah sumber fiber. :)





Nasi Tomato

2 1/4 cawan beras Basmathi (rendam 15-30 minit)
2 1/4 cawan air
1/2 cawan susu sejat
Sebiji besar tomato - potong dadu
4 sudu besar sos tomato
Serbuk ayam
Garam

Bahan tumis

Minyak zaitun
1 sb ghee (minyak sapi)
Bunga lawang
Buah pelaga
Cengkih
Kayu manis
Bawang merah
Bawang putih
Halia

Cara-caranya:

Masukkan minyak zaitun dan ghee ke dalam periuk nasi. Tumis semua rempah tumis dan juga bawang merah, halia dan bwg putih yang ditumbyk/dikisar/dihiris. Bila bau dah wangi and bawang dah masak, masukkan beras basmathi dan tomato yang dah didadu, Gaul lebih kurang 1 minit. Pastu, masukkan air, susu sejat, sos tomato, garam dan serbuk ayam. Gaul lagi. Rasa masin dah cukup ke belum. Time ni kita pepandai ejas. Dah ok semua, tutup periuk nasi dan masak la seperti biasa.

Ni memang entry nasi tomato je..ayam masak merah dah biasa buat. Hihi... Sedap wey, walaupun versi campak and bahan simple giler. U all shud try jgk. Resepi ni aku ejas sana sini, tapi sumber asal dari pakcik google ni jugak.



** Err...sempat telan 2 biji Phytocol-ST before dok bersimpuh makan nasi tomato ni.

Sunday, 8 March 2015

B COMPLEX




Ada yang cakap, B Complex ialah vitamin untuk cantik.Ada yang makan sebab nak cerdik.Ada jugak yang bagitau B Complex adalah vitamin untuk hilangkan stress.

Tak kurang juga yang takut nak makan B Complex. Dah kenapa?TAK NAK GEMUK katanya.


Ni nak habaq mai… PERBEZAAN B COMPLEX SHAKLEE berbanding jenama lain di pasaran ialah B Complex SHAKLEE mengandungi kesemua 8 vitamin B yang diperlukan oleh badan. Sekadar info..Vitamin B Complex yang baik adalah yang menyediakan kesemua 8 vitamin sebagaimana yang dinyatakan dalam RDA (kesemuanya perlu diambil pada masa yang sama) sebab kesemua komponen vitamin B ini saling memerlukan satu sama lain untuk kesan yang lebih baik. **yang mana B Complex SHAKLEE win sebab ada semua ok…

So please check vitamin B Complex yang korang tengah makan sekarang,agak- agak ada tak kesemuanya?  Kalau tak cukup 8, ada kemungkinan untuk korang jadi BULAT aka gemuk!! Sila bertukar kepada B Complex SHAKLEE pas ni ye. Ayat promo..ayat promo...hahhaha..

Entry kali ni aku nak bercerita serba sedikit berkenaan vitamin B Complex Shaklee. Rasanya ramai yang dah makan n happy dengan outcome nya. Murah amat uolss… sebotol ada 120 biji, makan sekali sehari tak ke tahan 4 bulan tu? Mak suka..mak suka!!

Para saintis SHAKLEE telah mencipta asid folik secara semulajadi yang PERTAMA di dunia dengan kadar keboleh serapan (bioavailability) yang sangat tinggi dan berkualiti. B Complex Shaklee mempunyai Sistem Penyerapan Bioaktif Berpaten untuk meningkatkan penyerapan asid folik.

B Complex Shaklee mengandungi kesemua 8 komponen vitamin B yang lengkap iaitu B1,  B2, B3, B5, B6, B12, Asid Folik (B9) yang semulajadi dan 100% keperluan Biotin (B7) harian.
Setiap komponen menjalankan fungsi sendiri dalam tubuh manusia:-

*  Vitamin B1 (Thiamine) ~ menukar makanan kepada tenaga, mengurangkan kelesuan, keresahan, mempertingkatkan kecerdasan mental, melancarkan peredaran darah, meningkatkan stamina badan,  menyihatkan sistem pencernaan dan memperbaiki metabolism

*       Vitamin B2 (Riboflavin) ~ membantu pertumbuhan tubuh badan, menukar makanan kepada tenaga, menjaga kesihatan mata dan kulit, mencegah jerawat,  membantu mengaktifkan vitamin B6 dan asid folik.

*     Vitamin B3 (Niasin) ~ memperbaiki selera makan, memperbaiki kesihatan kulit, rambut, sistem pencernaan dan mengelakkan depresi. 

*     Vitamin B5 (Pantothenic Acid) ~ juga dikenali sebagai vitamin ‘anti stress’, menukar makanan kepada tenaga, membantu mengurangkan penuaan pramatang

*       Vitamin B6 (Piridoksin) ~ penting dalam proses asid amino, mengawal serotonin di dalam otak (ketidakseimbangan menyebabkan depresi), mengurangkan senggugut, meningkatkan system imun tubuh dan antibody, membantu dalam penyerapan vitamin B12

*  Vitamin B12 (Kobalamin) ~ menjaga sel darah merah, memperbaiki tindak balas saraf, mengelakkan anemia, keletihan, baik untuk kecerdasan otak, kekuatan fizikal, memori, fokus dan keupayaan seksual

*     Biotin (B7) ~ membantu menurunkan berat badan, meningkatkan metabolism, menjaga kadar gula dalam darah, kulit yang sihat,melegakan kesakitan otot

*     Asid Folik (vitamin B9)~ pembentukan sel darah merah, makanan otak, kesihatan fetus, kurang risiko sakit jantung dan kanser serviks, anemia, stres, ulser mulut dan sebagainya 


Manfaat Utama Vitamin B Complex Shaklee 

Membekalkan tenaga - membantu proses penghadaman, menukar lemak, karbohidrat dan protin kepada tenaga.

Melawan Tekanan -  memastikan kesihatan fungsi saraf. Sekaligus meredakan sakit kepala, tekanan, kemurungan dan insomnia.

Membantu Tumbesaran -  menggalakkan tumbesaran yang sihat dan normal pada bayi dan kanak-kanak. Membantu pembinaan DNA dan sel-sel baru serta mengurangkan risiko kecacatan otak atau tulang belakang.

Kesihatan Rambut  memperbaiki masalah kulit kepala, kelemumur, rambut gugur, beruban dan mengekalkan kesihatan rambut. sangat bagus bagi mereka yang ada masalah kekurangan rambut.

Kecantikan kulit – membantu cegah jerawat

Kesihatan Mata - mengurangkan masalah keletihan mata, katarak, meningkatkan kualiti penglihatan dan memperbaiki memori serta daya fokus anda.

Mencegah anemia -  membantu pembentukan Sel Darah Merah yang sihat dan antibodi, merangsang peredaran darah dalam badan, memperbaiki kesihatan kardiovaskular, anemia, sakit kepala, pening, lemah semangat, keletihan, migrain, muntah-muntah, mabuk darat dan laut.

Meredakan Senggugut - baik untuk masalah senggugut (PMS), meredakan kerisauan, keresahan dan masalah penghadaman terutama bagi mereka yang mengambil ubat hormon dan ubat tahan sakit.

Mencegah Perlecche  mengurangkan risiko penyakit kerekahan mulut (mouth chilitis),  jangkitan lidah (glossitis) dan nafas berbau.

Detoksifikasi 

Kesihatan jantung

Mencegah kecacatan tiub neural





**Pesanan awal dari aku, sila jangan panic bila tengok kencing korang kaler macam kuning2 fluorescent gitu…hahaha... ini kerja vitamin B2 (Riboflavin) tau. Since vitamin B adalah vitamin larut air, jadi vitamin B2 yang tidak digunakan oleh badan akan disingkirkan melalui air kencing. Sebenarnya, kita boleh anggap ini petanda yang baik, ia menunjukkan tubuh kita sedang bereaksi positif dengan B Complex yang dimakan.

**Sila minum air putih yang mencukupi sebab B Complex merangsang metabolism dan menyebabkan tubuh kita mengeluarkan haba.



Minat?


Hubungi:-





Thursday, 5 March 2015

RESEPI FETTUCCINE CARBONARA YANG SANGAT SEDAP!!

Entry kali ni, aku nak share resepi Fettuccine Carbonara yang aku masak untuk lunch tengahari tadi. Bukan main happy lagi anak sulung aku bila aku bagitau hari ni aku dah siap prepare carbonara for lunch. Both of us memang boleh masuk western menu ni. Masak melayu boleh, mamak boleh, chinese boleh, thai boleh..pendek kata internationale la selera kitorang. Macam my 2nd son, memang tekak asia habis.. western memang x masuk. Disebabkan itu lah, aku masak jugak nasik and oso ayam ala2 rendang untuk anak aku yang ke 2 tu.

Pada aku, resepi carbonara ni memang sangat ngam dengan selera kitorang sekeluarga. Tak muak and memang sedap la.... aku masak, aku sendiri bagi 5 bintang!! Hahaaha... Saje aku nak share resepi ni, buat rujukan aku n anak cucu aku jugak di kemudian hari. Resepi ni opkos selepas aku alter mengikut bahan yang ado di rumah. Oh ye, I tak guna Sos Carbonara yang Prego tu kali ni uolss..jenuh mak mencari x jumpa2. Ini bukan kali pertama tak jumpa, dah boleh dikatakan banyak kali dah. Memang bukan rezeki, ke Prego dah stopkan pengeluaran Sos Carbonara dia?? So, pepandai la aku ejas sendirik.. 

So kat bawah ni, bahan-bahan dia. Simple je, n x renyah membuatnya. 


Bahan-bahan:-

  • Fettuccine secukupnya **korang leh tukar ke pasta yang korang suka
  • Bawang besar Holland - 1 biji besar (potong dadu)
  • Bawang putih - 2 ulas (cincang halus)
  • Cili padi - 2 bijik (potong halus) ** yang ni kalau nak boh banyak ikut suka la ye, aku boh 2 pun ada rasa pedas sikit. Ngam-ngam la untuk cut down rasa lemak krim n keju tu.
  • 1/2 dada ayam - potong dadu
  • 1 tin button mushroom - dihiris 
  • 1 biji tomato - dipotong dadu **aku guna yang besar, kalau jenis kecik amik 2-3 biji 
  • 1 tin Cream of Mushroom Campbells
  • 1 tin air (sukat ikut tin Campbells tu)
  • Secawan (250ml) krim **nak guna susu penuh krim @ susu rendah lemak @ susu segar pun boleh, ikut mana yang ada 
  • Slice Cheddar Cheese - 4 keping 
  • Sedikit oregano dan parsley kering
  • Garam secukup rasa
  • Minyak


Cara-cara:-




Mula-mula masukkan sedikit minyak zaitun ke dalam periuk. Tumiskan bawang besar, garlic ngan cili padi sampai layu sedikit. 

Masukkan ayam dan tomato, masak sampai air ayam mula kering. 

Pastu, masukkan button mushroom, krim cendawan Campbells, dan juga air. Gaul mesra. 

Bila mendidih, masukkan krim ataupun susu. Carik-carikkan kepingan keju tadi ke dalam kuah carbonara dan gaul sampai cair sepenuhnya. Time ni, kalau rasa nak cair sikit tambahle air. 

Tunggu mendidih. Boh la garam secukup rasa. 

Last sekali, masukkan oregano dan parsley kering. Walla....siap dah.

Oppsss...jangan lupa lak pasta korang. Rebus pasta sampai al dente, tos and pastu boh dalam pinggan. Tuang kuah carbonara kat atas, dan bolehlah dihidangkan.

Alhamdulillah, anak sulung aku memang makan x hengat dunia. Dia sorang makan bertambah-tambah. Gerun pulak menengoknya. Hikhikhik... Proven la kesedapan kuah tu. 

Weh, kalau korang kalau nak try, sila lah. Pastu kasi review kat sini okies..

Bon Appetit!! 



Tuesday, 3 March 2015

ZINC COMPLEX


Antara supplemen pertama yang aku try masa mula-mula join SHAKLEE. Makan sekali dengan B Complex, fokus untuk mengurangkan rambut gugur (dah nampak lapang kulit kepala time tu..tsk). Result? Alhamdulillah..rambut mula tumbuh. Bila? Hanya perasan lebih kurang 3-4 bulan lepas amalkan secara konsisten.




Ok..jarang yang amik pot pasal Zinc Complex ni. Mentang-mentang la harga murah compare to other supplements. Mentang-mentang la ada 120 biji pastu dpt tahan 4 bulan, x ramai nak pandang (kihkihkih..ayat x boleh blah). Murah x semestinya x bagus!! 

Ha, kat bawah ni aku list down kelebihannya. Check it out!!

Perbezaan Zinc Complex Shaklee


Dirumus dari zinc glukonat semulajadi bergabung dengan nutrien semulajadi yang lain seperti kalsium dan serbuk alfalfa untuk menghasilkan zinc yang mudah diserap oleh tubuh kita. Zinc sesuai untuk pengambilan jangka masa panjang. Ianya berkesan dalam mengeluarkan logam toksik seperti kadminum dan plumbum dari tubuh.



Manfaat Utama


Mengaktifkan 200 jenis enzim


Zinc berkebolehan menggabung DNA, RNA, dan protein, seterusnya merangsang regenerasi sel. Ia juga mengaktifkan lebih 200 jenis enzim di dalam tubuh untuk memelihara metabolisme gigi dan pertumbuhan para remaja.


Membentuk Kolagen


Zinc membantu pembentukan kolagen dan protein untuk pertumbuhan dan perkembangan kulit, kuku dan organ.


Memperbaiki Diabetes


Zinc membantu pengeluaran insulin, mengekalkan fungsi insulin, seterusnya memperbaiki Diabetes.


Bintik Putih di Kuku


Bintik putih di kuku adalah tanda kekurangan zink, yang boleh menyebabkan depresi, lemah daya ingatan, mudah sakit, pemulihan luka yang lambat, pembengkakan prostat, anemia, lemah penglihatan atau hilang daya penglihatan.


Mempertingkatkan Sistem Imun


Membantu pengeluaran kelenjar thymus. Kelenjar thymus mempertingkatkan sistem imun dengan pengeluran T-Cells untuk menentang kanser dan menghalang infeksi penyakit.


Mempercepatkan Pemulihan Luka


Mempercepatkan pemulihan luka dalaman dan luaran, pemulihan selepas pembedahan, memperbaiki alergi dan bintik di kulit.


Memperbaiki masalah Prostat


Melindungi kesihatan prostat, memperbaiki dan menyembuh benign prostatomegaly dan keadaan kerap kencing. Kajian menunjukkan pengambilan harian zinc dapat mengurangkan prostatomegaly / pembengkakan prostat dalam kadar 70%.


Kemampuan Seks Lelaki


Pengambilan Zinc untuk jangkamasa panjang mampu memperbaiki kemampuan seks lelaki, impoten, meninggikan kiraan sperma. Zinc secukupnya penting untuk keupayaan seks yang bertenaga.


Ovulasi Wanita


Wanita memerlukan Zinc untuk ovulasi. Zinc juga membantu pengucupan uterus dan mengembalikan daya ketahanannya.


Memperbaiki Radang Kulit


Kajian menunjukkan pengambilan Zinc sebanyak 4-8 tablet akan memperbaiki radang kulit seperti akne dan jerawat.


Mengekalkan Deria Bau


Untuk mengekalkan deria bau yang sihat dan sensitif (rasa dan bau).


Walaupun zink ni nampak macam kaum adam je yang perlukan, tapi anggapan itu sangat salah. Semua orang baik lelaki dan perempuan dari peringkat remaja hingga ke usia emas amat perlukan zink. 

Siapa lagi yang perlukan zink??
  • Diabetes
  • Kemandulan (lelaki)
  • Kelemumur, rambut beruban dan keguguran rambut
  • Mengalami alahan, selesema, batuk, sakit tekak dan flu
  • Sinusitis
  • Hipoglisemia /tahap gula rendah
  • Hidung berdarah
  • Jerawat
  • Sebelum dan selepas pembedahan
  • Luka melecur / terbakar
  • Gastrik atau ulser perut
  • Masalah ginjal dan pundi kencing
  • Infeksi saluran urinari
  • Masalah kuku
  • Patah tulang
  • Mengandung
  • Meningkatkan sistem imun


Minat?


Hubungi:-