Sunday, 8 February 2015

Advanced Joint Health Tablet (AJHT)




Advanced Joint Health Tablet:
  • Ialah formula proprietari yang menampilkan gabungan bahan-bahan yang sangat efektif dan terbukti berkesan untuk menyokong pergerakan, fleksibiliti dan fungsi sendi yang sihat
  • Diperbuat daripada bahan yang bertindak pantas untuk membekalkan khasiat pemakanan kepada sendi
  • Mengandungi rumusan berpaten yang terdiri daripada ekstrak Boswellia dan Ekstrak Jagung serta nutrien penting lain termasuk Zink, Kuprum, Mangan dan Vitamin C untuk memberikan keselesaan dan melancarkan semula pergerakan sendi
  • Shaklee Joint Health Tablet adalah 100% rumusan vegetarian yang hanya berasaskan tumbuhan dan mineral.


Bila dah kena sakit sendi ni, ada beberapa pilihan yang kita boleh amik iaitu...
@ tahan aje lah
@ jumpa doktor n then makan ubat tahan sakit, dah kronik sangat kena injek..
@ makan AJHT ni. Insya Allah positive result boleh nampak seawal 5 hari uolss...

Pilihan sentiasa di tangan kita.

Aku dah pernah rasa sakit lutut, memang azab...nak jalan sakit, nak solat sakit..memang banyak la yang aku tak dapat nak buat dengan selesa.

Husband aku pun puas hati dengan AJHT ni. Dari zaman bujang alami sakit kat lutut tu, old injury pas main football zaman uni. Alhamdulillah, dengan izin Allah sakit lutut dah banyak berkurangan walaupun baru seminggu pengambilan. :)..Best kan? Best kan?? Ini fakta, bukan auta k..




Minat?

Hubungi:-



Saturday, 7 February 2015

Ostematrix...Bukan Sekadar Kalsium!!








 


Aku kurang gemar minum susu. Masih segar lagi dalam ingatan, masa pregnant anak pertama 10 tahun lepas. Lepas check up ajak encik suami ke pasaraya beli susu Anmum masa tu. Maklumla bila pregnant ni, seboleh mungkin nak sediakan yang terbaik untuk anak bermula dari kandungan lagi. Doktor pun sangat galakkan pengambilan susu masa hamil ni.
So, belah malamnya dengan eksaited aku pun prepare segelas susu Anmum ni. Minum je, mak aiii....apsal tak sedap cam susu kotak ni. Reject!! Aku sampai nak termuntah-muntah. Uwek!!
Sudahnya, susu tu bapak aku yang tolong habiskan. Erk!! Daripada buang kan? Huhu..
Next check up, doktor bagi aku sample susu EnfaMama. Aku amik 2 sachet. Konon nak try, mana tau yang ni aku serasi. Hihi...sama jugak end resultnya. Aku terus buat kesimpulan yang aku memang x ngam ngan susu ni. So, sepanjang journey kehamilan, aku and baby tak ditemani susu Anmum or Enfamama. Sesekali aku minum air kotak Anlene, x pun Dutch Lady ke, makan cheese burger, cheese cake..hahahaha. Aku percaya kalsium aku mencukupi masa tu. 
Tapi, nightmare bermula masa Trimester 3. Setiap malam memang kaki kejang punya. Betapa tak bestnya terbangun tido tiap-tiap malam sebab kaki sakiiiiittt sangat, siap mengerang lagi. Memang encik suami kena alert and tolong kurangkan kejang setiap malam. Thanks to you love!! :) and padan muka aku...hakhakhak..
Memang salah satu simptom yang menunjukkan kekurangan kalsium ialah kekejangan otot. Siapa pernah rasa, diorang tau bahawa kejang otot adalah sangat tak best.
Tulang adalah struktur penting dalam tubuh manusia. Ia membina kerangka tubuh, menyokong berat badan serta melindungi organ-organ utama seperti paru-paru, jantung, hati dan buah pinggang; selain membolehkan kita menggerakkan otot dan tubuh dengan bebas. Mengekalkan kesihatan tulang yang optimum adalah amat penting untuk mengecapi kesihatan keseluruhan yang sempurna. 

Tanda-tanda badan yang kekurangan kalsium antaranya ialah:-
- Sakit sendi
- Kuku senang patah
- Ekzema
- Kenaikan paras kolesterol dalam darah
- Tekanan darah tinggi
- Insomnia
- Kekejangan otot
- Kebas tangan dan kaki
- Gemuruh
- Rheumatoid arthritis
- Gigi mereput
- Depresi
- Hyperaktif


Siapa yang MEMERLUKAN OSTEMATRIX ni?


  • Orang yang tak gemar minum susu (macam aku)
  • Wanita hamil
  • Ibu menyusu
  • Wanita dalam pantang
  • Selalu alami kebas/kekejangan
  • Selalu diserang migraine
  • Sakit otot, tulang
  • Sedang jalani fisioterapi
  • Osteoporosis

Jadi, Kenapa MESTI PILIH Ostematrix Shaklee??
Kalsium yang isinya paling seimbang memastikan kadar penyerapannya adalah 99%. Ianya bukan sekadar kalsium.

OsteMatrix membekalkan nutrien harian, termasuk kalsium yang penting dalam pembentukan dan pertumbuhan tulang dan gigi. Ia juga mengandungi magnesium, vitamin D dan mineral iaitu zink, kuprum dan mangan untuk mengekalkan kelancaran fungsi tubuh. Ditampilkan dalam bentuk kaplet kecil bersalut yang mudah ditelan.
Tidak mengandungi perisa atau pewarna tiruan, pemanis atau pengawet.

Antara manfaat Ostematrix Shaklee:-


1. Menguatkan Tulang 

~ Kalsium menghalang osteoporosis, menguatkan kuku, kerangka, gigi, sistem saraf. Ia juga merawat tulang retak, osteomalacia (rickets dewasa), kuku rapuh, eczema, kekejangan, gusi berdarah dan merangsang darah untuk memekat.
2. Memperbaiki kekejangan dan kebas-kebas 

~ Pengambilan 600mg kalsium sebelum tidur akan memperbaiki kebas-kebas, kekejangan, sakit sendi dan arthritis
3. Meringankan stress

~ Ianya mengimbangi tekanan darah, memelihara denyutan jantung, impuls saraf, penenang saraf, menggalakkan tidur selesa, memperbaiki jantung berdebar, gementar, mimpi buruk dan stress. Juga memperbaiki depresi, mood swing, sakit kepala dan pitam.
4. Memperbaiki masalah haid 

~ Kajian menunjukkan dengan pengambilan 1000mg kalsium dan magnesium serentak meringankan sakit waktu haid dan membantu membuang air kecil.
5. Pengalkalian tubuh 

~ Kalsium adalah mineral alkalin, dan ianya berkesan memastikan imbangan pH tubuh. Ianya juga menghalang obesiti diwaktu umur tua. Tambahan pula kalsium membantu sel menyerap nutrien dan merangsang detoksifikasi.
6. Memperbaiki hiperaktiviti perut dan gastrik.





* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.


 Order Ostematrix


Atau hubungi:








Tuesday, 3 February 2015

Vita-Lea For Children





Hurm....mampu ke nak pujuk, suruh, paksa anak-anak kita makan semua ni setiap hari?? Memang tak la jawabnya. My kids, tengok sayur pun macam nampak tak nampak je... penat dah mulut bercerita betapa bagusnya makan sayur. Bila susah nak poopoo, aku membebel lagi.."Itulah, ummi dah cakap kan..makan sayur, makan sayur, ada serat..idok le payah membuang macam gini.."

But still, tak suka sayur. Hmm...sib baik diorang suka makan fruits, kalau tak lebih hebat lagi kot aku membebel. Penat mak noks!! ;)



Taraaa.... mempersembahkan our new and improved Vita-Lea For Children yang sekarang ni memang laku macam goreng pisang panas uolss!!  By the way, lepas ni aku guna short form la ye... Hihi..


Dulu memang dah ada, tapi berenti kejap lebih kurang setahun kalau tak silap. La ni, bila keluar memang makin AWESOME!! Saiz pun makin besar, bukan takat botol je makin besar, saiz tablet tu sendiri dah besar. Bukak2 je botol n seal dia dah tercium bau wangi...camne nak describe eh? Haaa.....macam bau anggur. To be exact,  to me macam bau yogurt Calci yum perisa anggur. Yang dulu xde bau wangi...

Obviously, VLFC ni memang dirumus khas untuk kanak-kanak, mengambil kira keperluan nutrisi diorang sehari-hari. Ia merupakan multivitamin yang mengandungi 100% vitamin C, D, E dan 8 jenis vitamin B. Pendek kata, ia lengkap dengan 18 vitamin dan mineral penting untuk proses tumbesaran anak kita. Tanpa perasa tiruan, tanpa pemanis atau sebarang bahan-bahan tiruan tapi masih tetap sedap untuk dikunyah oleh kanak-kanak.

Rasa memang sedap korang!! Sampai-sampai je ari tu, terus bukak and bagi kat anak-anak untuk try rasa. Berkerut-kerut dahi nunggu komen jujur bebudak ni. Bebudak memang jujur, kalau suka..diorang terus terang, kalau x suka...terus terang jugak pastu kompem buang dalam tong sampah. 

H: Sedap la, ummi!!
U: Rasa apa?
H : Manis...cam anggur.. Nak lagi sebijik.
U : X boleh...malam karang. 

Sehari kita boleh bagi 1-2 tablet kat anak-anak yang berumur 4 tahun ke atas. Bawah 4 tahun, kita bagi setengah tablet pun dah cukup. But, make sure anak tu dah boleh mengunyah. Takpun, pecahkan halus-halus and masukkan dalam favorite drinks diorang.



Jangan risau ye gojes mommies sekalian, ia menggunakan pemanis semulajadi yang diekstrak daripada buah anggur dan juga mengandungi xylitol bagi melindungi gigi anak-anak daripada kaviti.

Jom kita tengok, apsal VLFC ni best sangat..Jom!!

Antara manfaat VLFC ini ialah:

  • Melengkapkan nutrisi yang diperlukan oleh badan yang tidak dapat dipenuhi oleh pemakanan seharian
  • Meningkatkan kesihatan secara menyeluruh
  • Menyokong jangka hayat hati, usus dan mata
  • Meningkatkan kekuatan tulang dan sistem imunisasi
  • Memberikan perlindungan menentang kerosakan radikal bebas
  • Melindungi kesihatan jantung, otot dan fungsi saraf
  • Meningkatkan kesihatan paru-paru, kolon dan prostat
  • Menyokong pembinaan tulang yang kuat dan kesihatan tulang
  • Membekalkan makanan kepada sel badan untuk tubuh yang lebih sihat dan bertenaga
  • Mengekalkan tekanan darah yang normal dan rentak jantung yang normal
  • Meningkatkan penghasilan sel darah merah untuk mengelak anemia
  • Membantu memulihkan selera makan dan melancarkan proses pencernaan
  • Membantu meningkatkan kecerdasan minda
  • Membantu seimbangkan hormon dan bahan kimia dalam badan
  • Membantu penyerapan zat dari makanan



Nampak?? Nampak tak betapa best nya VLFC ni. Buat anak-anak yang kurang gemar Meal Shakes, bolehlah ganti ngan VLFC ni. Tak rugi pun invest untuk kesihatan anak-anak...biar diorang dapat meninggi lagi, cerdas lagi, cergas lagi and dapat segala nutrisi untuk pertumbuhan dan perkembangan diorang. Siapa yang happy nanti tengok anak-anak sihat, cerdas, cergas n etc? Mak bapak jugak.. x gitu?

Bila dah teruja nak try, janganla segan silu contact I ye.


Delivery throughout Malaysia. Have a great day!!







* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.