Dah masuk hari ke-3 Umar dan Aisyah kena HFMD (Hand, Foot and mouth Disease). Mula-mula kena memang tak habis-habis merengek...pastu malam tak lena tidur. Kejap-kejap bangun, nangis, gelisah toksah cakap la. Memang sedih bila tengok anak-anak tak sihat.
Masih ingat lagi masa umur Aisyah 2 minggu, si Umar yang masa tu setahun lebih kena serang demam panas...memang menangis secara berjemaah dengan 2 anak-anak lain. Risau, sedih, takut semua bercampur baur that time. Dapat imagine tak? Dah lah masih dalam pantang time tu. Huwaaaa.....#throwback
Samalah jugak perasaan bila anak-anak kena HFMD kali ni. Perasaan sedih dan bimbang tu tak pernah hilang. Alhamdulillah, nampaknya hari ni selera anak-anak makin baik. Makan bubur nasik bertambah-tambah. Ummi masak sedap kan? Hikhikhikhik...
Saya berikhtiar dengan memberikan mereka berdua Nutriferon setengah sachet setiap hari. Mula-mula kena aritu, siap bancuh Performance Drink alone dalam air ais to make sure diorang kekal hidrat. Itu pun kena paksa, kalau tak memang takkan nak punya. Saya pastikan diorang minum menggunakan gelas atau straw atau kalau tak dapat sangat saya suap guna sudu kaw...hahhahaha...kena kreatif bab nak bagi minum or makan. Kalau tak nanti diorang akan jadi lemah yang amat, so kita tak mau sampai tahap tu.
Saya siap beli jeli n aiskrim just in case diorang tak nak makan. Jeli kan lembut n manis, aiskrim lak sejuk, sedap, manis..my kids memang takkan tolak punya. Hahaha..sambil-sambil tu, saya masaklah jugak bubur nasi lembut-lembut biar senang diorang nak makan. Kelmarin n semalan memang diorang tak nak makan, saya faham sebab nampak kat lelangit and lidah memang banyak betul bijik-bijik tu. Si Aisyah nak menyusu badan pun nangis-nangis..last2 dia reject tak nak. Minum air kosong sudahnya...memang kesian sangat.
Lagi satu, bila kena HFMD ni tak boleh lah nak keluar berjimba-jimba di tempat awam. Kena kurangkan body contact ngan orang lain. Tak boleh nak berziarah jugak la maksudnya. Dok umah diam-diam, main jelah toys apa yang ada. Masa ni, ummi tak marah nak...janji bahagia. Sebab ummi kena merajinkan diri untuk mengemop rumah, cuci tandas, cuci cadar apa semua. Semestinya saya guna Basic H2. Promo lagi...Hikhikhikhik..
Harap-harap dalam minggu ni, anak-anak kembali sihat seperti biasa. Ummi doakan selalu. Biar cergas, cerdas, lena tidurnya..Insya Allah.
Sunday, 7 September 2014
MEAL SHAKES
Meal Shakes Shaklee menyediakan hidangan lengkap dan asid amino serta nutrisinya mudah diserap untuk kegunaan seharian. Ia diperbuat daripada bahan semulajadi - buah-buahan, sayur-sayuran, kacang soya, lactalbumin (sejenis susu) dan lain-lain. Lactalbumin adalah bahan terbaik dan mengandungi organisma protein yang sangat berkualiti dan mudah diserap ke dalam sistem tubuh dari peringkat kanak-kanak hingga ke orang dewasa.
Sesuai untuk semua golongan, kanak-kanak membesar, ibu mengandung, atlet, vegetarian, orang sakit atau orang yang selalu sibuk bekerja. Jika memerlukan sarapan pagi yang mudah dan berkhasiat, MEAL SHAKES pastinya pilihan yang bijak.
Apa yang istimewa sangat MEAL SHAKES ni?
Sesuai untuk semua golongan, kanak-kanak membesar, ibu mengandung, atlet, vegetarian, orang sakit atau orang yang selalu sibuk bekerja. Jika memerlukan sarapan pagi yang mudah dan berkhasiat, MEAL SHAKES pastinya pilihan yang bijak.
Apa yang istimewa sangat MEAL SHAKES ni?
- Nutrisi Lengkap - menyediakan 24 jenis vitamin, mineral dan zat perlu
- Membekal nutrisi kepada sel tubuh - kaya dengan protein yang membantu pembinaan sel-sel kulit, kuku, rambut, rgan, darah, imun dan lain-lain
- Membantu tumbesaran - mengandungi asid folik, biotin, kaya dengan kalsium dan magnesium yang diperlukan untuk membina tulang dan sel-sel untuk proses membesar
- Anti-oksida - mengandungi vitamin A,C,E, zink, selenium yang merupakan agen anti-oksida yang bertindak melawan jangkitan dan melambatkan proses penuaan
- Mengembalikan seri wajah - mengandungi vitamin B lengkap, zat besi dan copper yang cukup untuk membina sel-sel darah merah yang sihat serta memberikan kompleksi kulit yang lebih cantik
- Detoksifikasi -kaya serat larut bagi membantu membuang lemak berlebihan dan sisa buangan dari perut dan usus
- Lazat rasanya - minuman lazat untuk diambil bersama fruktos semulajadi; penggantian segera terhadap kekurangan vitamin, mineral dan juga tenaga. tiada pewarna dan gula tiruan. Lazat untuk dinikmati oleh semua golongan.
Saya selalu menyediakan sarapan anak saya dengan mencampurkan sedikit mealshakes dalam minuman mereka. Contoh..2 sb Horlicks + 1 sb Meal Shakes + 250 ml air. Maklumlah, budak-budak selalu nak yang cepat-cepat juga, kadang-kadang kita dah siapkan sandwich, mee goreng etc bukannya diorang nak jamah pun. At least, saya tau anak-anak saya dah pun mendapat serba sedikit nutrisi pada permulaan hari mereka. :)
Juga sesuai diberikan kepada anak-anak yang mengalami masalah seperti di bawah:-
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
Saturday, 6 September 2014
SHAKLEE Collagen Powder
Shaklee Collagen Powder, supplemen kolagen unggul yang mengandungi 4,000 mg Kolagen RSS (iaitu sisik ikan merah) proprietari, sejenis kolagen tulen dan bermutu tinggi yang diekstrak dari sisik ikan merah.
Shaklee Collagen Powder adalah sangat rendah dalam berat molekular, sekitar 1000 Dalton (berat molekular kolagen disukat dalam Dalton) amat mudah diserap oleh tubuh dan membantu meningkatkan sintesis kolagen pada lapisan dermis dengan berkesan.
Ramuan dan fungsi utama:-
Sisik ikan merah adalah sumber kolagen premium dengan kurangnya pencemaran dan kadar penyerapan yang tinggi berbanding kolagen haiwan lain.
2. Ekstrak biji Camellia Japonica
Biji Camellia Japonica, terdiri daripada asid oleik, satu emolien dan pelembap kulit yang hebat, dan isoflavon, antioksidan semulajadi yang mampu mengurangkan radikal bebas.
3. Ekstrak Pfaffia
Ptaffia juga dikenali sebagai Ginseng Brazil, apabila digabungkan dengan ekstrak bii Camellia Japonica akan membantu formasi kolagen dan asid hyaluronic. Dengan kemampuan luarbiasa mengikut amaun air yang banyak, asid hyaluronic memainkan peranan penting dalam menghidratkan tisu tubuh untuk menjadikan kulit lembut, lembap dan licin.
4. Elastin dari Kolagen Ikan
Elastin memelihara kulit menjadi fleksibel dan tegang, memberikan reaksi melantun apabila kulit ditarik.
5. Vitamin C dan Vitamin B
Vitamin C menggalakkan penghasilan kolagen dan menentang radikal bebas yang merosakkan kulit kita. Vitamin B meningkatkan metabolisma karbohidrat, lemak dan protein untuk membebaskan tenaga yang diperlukan dalam penghasilan kolagen.
6. Ekstrak Kekerang
Glukosamin ekstrak kekerang adalah penting dalam sintesis cecair synovial yang membekalkan pelincir kepada sendi-sendi dan menghidrat mata untuk melegakan ketidakselesaan mata.
7. Lactobacillus Acidophilus
Membantu mengimbangi mikroflora usus dan membantu membina semula sistem usus yang sihat, yang mampu meningkatkan penyerapan kolagen.
Antara kelebihan utama Shaklee Collagen Powder ialah:-
- Awet muda - mengecilkan liang pori serta menghilangkan kedutan dan garis halus
- Melembapkan kulit bagi mengurangi rasa kering dan gatal-gatal pada muka
- Mencerahkan kulit tidak sekata, mengurangkan pigmentasi serta jeragat
- Menjadikan kulit lebih gebu, anjal dan tegang
- Membantu menegangkan dan menganjalkan payudara
- Menjadikan rambut lebih sihat, kuat dan bersinar
- Menyokong kesihatan sendi
- Membantu mengekalkan otot mata supaya tetap anjal
Hah, amacam? Berminat tak dengan SCP ni? Ia bukan takat nampak macam best, tapi ianya MEMANG BEST and AWESOME!! Tak percaya kenalah try dulu. Kot amalkan berbulan-bulan, umo 4 series pun boleh nampak macam early 3 series balik. Jom cuba hari ni!!
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
Berminat?
Nak join member?
Hubungi saya hari ni:-
Subscribe to:
Posts (Atom)